ADZHAEMY

Sesegar hijau daunan. Begitulah kita diibaratkan. Tiada siapa yang bisa memisahkan kita.. Antara kita berdua.. Seerat simpulan yang tidak terbuka Seteguh langit tinggi menongkah dunia, kita mengharung badai..

ADZHAEMY

riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan bercerita, walau sesekali pandangan kita berbeza. angannya tetap serupa, adakalanya kita juga saling terluka, namun di akhirnya kita tetap bersama

ADZHAEMY

Kasihku, jika kau lihat tingginya awan.. Tak kan tercakar tinggi sayangku.. Hanya hati ku tahu apa mahuku.. Kan dunia ku pastinya milikmu...Hingga ke akhir hayatku=))

contoh teladan para suami

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan ' Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.. '

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ' Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ' Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. ' Rasulullah lantas berkata, ' Jika begitu aku puasa saja hari ini ' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ' Mengapa engkau memukul isterimu? ' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ' Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' ' Aku tidak bertanyakan alasanmu ' sahut Nabi SAW. ' Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6. Pernah baginda bersabda, ' Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

reference: facebook



p/s: respond msg kawan lelaki shj. dasar s@#$*& ! MySpace


CARA MENINGKATKAN BILANGAN PENGUNJUNG KE BLOG ANDA klik sini